PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dimasukkan ke hospital pada 30 Jun lalu, dijangka dibenarkan keluar dalam tempoh beberapa hari lagi.
Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO), sehingga hari ini Muhyiddin masih belum sembuh akibat jangkitan pada sistem penghadaman.
“Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi, didapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang berulang.
“Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.
“Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Perdana Menteri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan beliau.
Pada 30 Jun lalu, Muhyiddin dimasukkan ke hospital selepas mengalami cirit-birit.
Beliau didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi 30 Jun untuk menerima rawatan dan pemantauan.
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/06/30/pm-masuk-hospital/

