Cuma beri nama, no ic, alamat dan telefon untuk bantuan YADIM

0
1

TELE bantuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah dilancarkan di seluruh negara, semalam.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi Facebooknya hari ini.

“Mereka yang memerlukan bantuan cuma perlu berikan nama, no kad pengenalan, alamat dan no telefon ke www.wasap.my/60132920214/Bantuanyadim. Kami sedia membantu di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu Dr Zulkifli menjelaskan, sebanyak RM500 juta peruntukan telah disalurkan kepada agensi-agensi di bawah jabatannya dalam membantu rakyat yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19.

“Bermula Mac 2020 – Jun 2021, agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya telah mengagihkan lebih RM0.5 bilion ke seluruh Malaysia.

“Agihan bantuan ini dalam bentuk wang tunai, dana perniagaan, latihan kemahiran, bank makanan, makanan sedia untuk dimakan, wakaf kesihatan (katil di ICU, monitor di ICU, pam picagari, pam infusi, mesin BIPAP, ventilator di ICU, ventilator di rumah, katil dan peralatan perubatan lain), projek baik pulih serta bina rumah, bantuan komputer riba dan sebagainya.

“Di samping inisiatif bakul makanan Gerobok Rezeki dan Dapur It’am di masjid dan surau, yang mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam, saya sedia maklum yang masih ramai yang perlukan bantuan terutamanya barang asas dapur,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here