Kes baharu Covid-19 masih lepasi 6,000

0
1
grafik

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 6,045 kes positif baharu Covid-19 hari ini.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, kes keseluruhan Covid-19 di Malaysia kini 778,652.

Selangor seperti biasa terus konsisten merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,262 kes, diikuti Kuala Lumpur (616), Negeri Sembilan (531), Johor (500), Perak (384), Sarawak (365) dan Kedah (332).

Melaka mencatatkan 290 kes, Sabah (228), Pulau Pinang (173), Kelantan (124), Pahang (95), Labuan (75), Terengganu (54), Putrajaya (16) dan tiada kes di Perlis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here