Majlis Agama Narathiwat siasat dakwaan Timbalan Menteri Malaysia nikah “online”

0
1

MAJLIS Agama Islam Wilayah Narathiwat di Thailand akan menyiasat, seterusnya memanggil seorang imam Masjid Kedai Baru, Sungai Golok yang menjalankan majlis akad nikah secara dalam talian yang didakwa membabitkan seorang Timbalan Menteri Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat menjelaskan pihaknya tidak pernah mengiktiraf pernikahan secara dalam talian.

“Kita akan panggil imam itu untuk dapatkan maklumat, kita akan tanyakan perkara itu kerana majlis agama tidak bagi kebenaran nikah menggunakan telefon (online), ” katanya seperti dilapor Astro AWANI.

Abdul Aziz berkata demikian ketika mengulas satu rakaman pernikahan melalui telefon yang didakwa membabitkan seorang ahli Parlimen Kelantan berserta dua saksi.

Video dan salinan sijil nikah tular di media sosial sejak semalam dan turut mendapat kritikan ramai kerana melangsungkan pernikahan sewaktu rakyat berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sijil itu antara lain memaparkan tarikh pernikahan pada 1 Jun lalu dengan pasangan yang berusia 20-an.

Ketika ini selatan Thailand tidak membenarkan sebarang aktiviti rentas negara bagi mengawal penularan wabak Covid-19. – Malaysiapost

Gambar sekadar hiasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here