2 maut, 20 hilang akibat banjir lumpur di Jepun

0
2

DUA maut manakala 20 yang lain masih belum ditemui serta lebih 10 rumah musnah dalam tanah runtuh dan banjir lumpur di Atami, Shizuoka, Jepun, semalam.

Memetik laporan The Japan times, menerusi video yang disiarkan di Twitter menunjukkan air hitam bercampur tanah dan pasir, mengalir dengan laju dari puncak gunung, sekitar jam 10:30 pagi.

Kelajuan tanah runtuh dianggar kira-kira 40 kilometer sejam, kata profesor di Pusat Universiti Shizuoka untuk Penyelidikan Bersepadu dan Pendidikan Bahaya Alam, Motoyuki Ushiyama, 

Pasukan khas digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu usaha mencari dan menyelamat lebih ramai mangsa.

Perdana Menteri, Yoshihide Suga sebelum ini mengarahkan bantuan lebih besar digerakkan bagi menangani bencana itu yang berpunca daripada hujan lebat tanpa henti sejak tiga hari lalu.

Pihak berkuasa mengarahkan beratus-ratus ribu penduduk di tiga daerah berhampiran supaya mengosongkan kediaman di kawasan tanah rendah susulan amaran banjir.

Tanah runtuh itu turut menyebabkan beberapa rumah terputus bekalan elektrik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here