Situasi terkini nilai ambang ditentukan MKN – Tengku Zafrul

0
1

SITUASI terkini akan dibawa ke mesyuarat sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) jika nilai ambang negeri-negeri yang telah beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) menurun.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata jika nilai ambang negeri-negeri tersebut menaik maka ia akan dibawa ke fasa seterusnya iaitu Fasa Tiga PPN.

“Lima negeri telah mencapai indikator iaitu nilai ambang yang telah diumumkan. Jika salah satu negeri menurun nilai ambang, perbincangan akan dibawa balik ke MKN Teknikal selepas itu ke sidang khas MKN.

“Di sini keputusan akan dibuat sebelum pengumuman dibuat,” katanya dalam sidang media khas bersama Menteri Kanan (Keselamatan) hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul mengumumkan Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Perlis setakat semalam memenuhi semua nilai ambang untuk beralih ke Fasa Dua PPN yang berkuat kuasa Isnin ini.

Keputusan tersebut dibuat selepas kelima-lima negeri mencapai tiga indikator yang ditetapkan kerajaan.

Ini kerana kelima-lima negeri tersebut mencatatkan liputan vaksin lengkap melebihi 10 peratus.

Selain itu, katanya, purata kes harian Covid-19 kelima-lima negeri tersebut juga mencatatkan pengurangan seperti yang dipantau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Pada masa sama, katanya, kapasiti katil Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi menyediakan rawatan kepada pesakit Covid-19 di semua negeri itu merekodkan penyusutan daripada paras kritikal ke peringkat sederhana. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here