PKPD: Perkhidmatan kaunter kerajaan ditutup sepenuhnya

0
1
kaunter kerajaan. kredit: Car Sifu

PERKHIDMATAN kaunter kerajaan di seluruh negara yang dibuka semula pada 1 Julai lalu, kembali ditutup sepenuhnya bagi kawasan yang terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata bagaimanapun perkhidmatan kesihatan, balai polis dan di pintu-pintu masuk antarabangsa yang melibatkan urusan perkastaman, imigresen serta kuarantin masih terus beroperasi.

Katanya, perkara itu diselaraskan dengan arahan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan pelaksanaan PKPD di mukim-mukim Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur bermula hari ini hingga 13 Julai 2021.

“Prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian pejabat kerajaan semasa tempoh PKPD bagi kawasan terlibat akan diguna pakai arahan yang telah dikeluarkan pada 30 Mei lalu, iaitu Pengoperasian Pejabat Kerajaan dalam tempoh Fasa 1.

“Arahan ini terpakai kepada semua kawasan yang dilaksanakan PKPD,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Malaysiapost

Foto Kredit: Car Sifu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here