Op Patuh: 213 premis dikompaun semalam

0
1
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mengetuai Operasi Pematuhan Akta 342 dan Akta 514 di Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd Puchong hari ini.

SEBANYAK 213 kompaun atas pelbagai kesalahan tdikeluarkan terutama kepada pemilik kilang serta premis perniagaan menerusi Op Patuh semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata Op Patuh tersebut melibatkan pemeriksaan 19,111 premis dan 81 asrama penempatan pekerja.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan secara besar-besaran tersebut diketuai 157 ketua polis daerah di seluruh negara.

“Sebanyak 213 kompaun atas pelbagai kesalahanan dikeluarkan terutama bagi pemilik kilang serta premis perniagaan berbanding sebelum ini hanya kira-kira 60 kompaun.

“Contoh pada 24 Jun, 63 kompaun sahaja yang dikeluarkan dan semalan juga sembilan premis lagi telah diarahkan tutup,” katanya dalam sidang media hari ini.

Hamzah berkata, pemeriksaan pihak penguatkuasa mendapati banyak premis yang memperoleh kebenaran untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi tidak beroperasi semasa pemeriksaan Op Patuh semalam.

“Itu berita baik kerana apabila mereka (premis) tahu akan dijalankan OP Patuh besar-besaran, dimaklumkan mereka sudah tutup. Ini menunjukkan ramai yang telah mengikut apa yang kerajaan umumkan selama ini,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan selepas ini kepada semua premis yang telah dikompaun bagi memastikan setiap premis itu akur dengan prosedur operasi stanadar (SOP) ditetapkan

Sementara itu, Hamzah menjelaskan Op Patuh besar-besaran semalam bukan hanya ingin memeriksa premis yang melakukan kesalahan, tetapi melihat cara-cara diamalkan premis yang patuh kepada SOP ditetapkan kerajaan.

“Kita juga mahu belajar daripada kilang-kilang yang mematuhi SOP serta mengamalkan prosedur bagi mengekang Covid-19 di tempat kerja.

“KDN akan terus mengkoordinasi Op Patuh besar besaran dan serentak dalam tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi memutuskan rantaian Covid-19 dalam negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here