80 peratus kehadiran pekerja dibenarkan dalam Fasa Dua

0
1
Pekerja-pekerja Gardenia mengikut SOP sebelum mula bekerja.

KAPASITI pekerja bagi sektor swasta dan perkhidmatan perlu akan dinaikkan kepada 80 peratus bagi negeri yang telah beralih kepada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, majikan perlu memastikan penjarakan fizikal dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dititikberatkan seperti diarahkan kerajaan.

“Walaupun kita benarkan (80 peratus kapasiti) tetapi mesti patuh SOP yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media khas bersama Menteri Kewangan hari ini.

Ismail Sabri berkata, aktiviti sukan dan rekreasi secara individu dan tiada sentuhan fizikal dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya dua meter juga dibenarkan di dalam Fasa Dua.

Selain itu, katanya, aktiviti sukan untuk kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri juga dibenarkan.

Terdahulu Tengku Zafrul mengumumkan Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Perlis setakat semalam memenuhi semua nilai ambang untuk beralih ke Fasa Dua PPN yang berkuat kuasa Isnin ini. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here