Penduduk Rantau Panjang kibar bendera putih, mohon bantuan

0
1

SEBAHAGIAN Penduduk Kampung Putat Tujuh di Rantau Panjang, Kelantan hari ini mengibar bendera putih sebagai tanda memohon bantuan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran Facebook Rantau Panjang Post, hari ini.

“Salam Jumaat penuh baraqah.. Pagi ini berkibar lagi bendera putih di kawasan Rantau Panjang.

“Harap ada pihak ambil cakna akan isu semasa di kawasan kita. Moga bantuan dapat disumbangkan dari semua pihak termasuk jiran tetangga,” katanya.

Kenyataan di Facebook tersebut turut meminta pihak berkaitan tidak memainkan isu bendera putih ini, namun bertimbang rasa dan memikirkan keadaan penduduk yang terdesak.

“Kerana isu sekarang bukan masa tuding jari pada mana-mana pihak. Isu sekarang adalah kita semua sedang menerima ujian..sama – sama bantu antara kita,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here