Menyuarakan tidak semestinya membangkang – Ustaz Pahrol

0
2

MENYUARAKAN tidak semestinya membangkang, membangkang tidak semestinya parti pembangkang, kata pendakwah dan penulis, Pahrol Mohamad Juoi.

“Tolong fahami… jauh bezanya ‘membangkang’ dengan ‘parti pembangkang’. Justeru jika kita membangkang, bukan bererti kita parti pembangkang.

“Tolong bezakan… antara ‘membangkang’ dengan ‘menyuarakan’. Menyuarakan hanya meluahkan rasa hati sendiri tetapi membangkang ialah menyalahkan pandangan pihak lain.

“Jadi, kita menyuarakan supaya yang di atas faham dan menghayati apa yang sedang terjadi dan apa yang sedang dirasai bawahan. Agar dengan itu pihak atasan dapat memperkemaskan jentera pentadbiran dan pengurusan untuk lebih efisien membantu rakyat,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, rakyat tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan keluhan mereka secara peribadi kepada pihak-pihak tersebut maka media sosial menjadi medium untuk menyuarakan perkara tersebut.

“jika ditanya, mengapa tidak disuarakan atau ditegur secara empat mata? Kita hanya marhein yang tidak punya wadah dan saluran untuk itu. Justeru, sosial media inilah cara yang tinggal,” katanya.

Tambahnya, pendekatan untuk menegur dan bersuara tersebut bukanlah suatu perbuatan yang bersifat menderha, sebaliknya atas dasar cinta.

“Namun kerana cinta kita sanggup dianggap derhaka!

“Ya Allah, berilah hidayah dan taufik buat seluruh umara dan ulama kami agar bertaqwa dalam memimpin ummah ini. Amin,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here