AMK Negeri Sembilan pula hilang kepercayaan terhadap Akmal Nasir

0
2
Parti Keadilan Rakyat

KEPIMPINAN Angkatan Muda Keadilan (AMK) kini nyata berdepan krisis apabila AMK Negeri Sembilan turut mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Sebelum ini majoriti ketuhilang percayaa-ketua AMK Selangor turut berbuat demikian semalam dan mendesak Kongres AMK Luar Biasa (EGM) diadakan bagi memilih semula Ketua AMK Malaysia yang baharu.

Dalam kenyataan bersama oleh Ketua AMK Rembau, Mohd Effendi Mat Aris; Ketua AMK Rasah, Ahmad Izzudin Ismail; dan Ketua AMK Port Dickson, Muhamad Affandi Abdul Malik, menegaskan bahawa akar umbi AMK di Negeri Sembilan sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Akmal Nasir.

Menurut mereka, kegagalan Akmal dalam menyatukan anggota AMK dan sebaliknya memecah-belahkan semangat perpaduan sayap AMK melalui rombakan baru-baru ini menggusarkan akar umbi AMK Negeri Sembilan.

“Kemuncak kegagalan ini apabila beliau dilihat dengan sengaja mensabotaj usaha yang dilakukan oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menumpukan serangan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Akmal mencetuskan suasana krisis melalui tindakan beliau memecat Ketua AMK Selangor & Perlis serta beberapa pimpinan MPP AMK tanpa melalui proses sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

Mereka menuntut, Akmal Nasir tidak bersikap prejudis dan berat-sebelah dalam menukar struktur organisasi AMK negeri.

“Kami ketua AMK Cabang yang menang bertanding berpendapat adalah lebih demokratik pada ketika ini untuk mengadakan EGM bagi melantik Ketua AMK Malaysia yang mempunyai keabsahan agar mampu menjamin kelangsungan perjuangan reformasi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here