Bendera putih manifestasi kekecewaan rakyat – Zahid

0
2

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kempen kibar bendera putih adalah manisfestasi kekecewaan rakyat terhadap kesempitan hidup yang terpaksa mereka lalui ketika ini.

Beliau berkata, namun berlaku perbezaan pendapat mengenai kewajarannya tindakan mengibarkan bendera putih berkenaan kerana ada mendakwa ia mengaibkan sesebuah keluarga.

Bagaimanapun, katanya, ia terserah kepada penerimaan dan pandangan masing-masing kerana bagi sesetengah pihak ia mungkin menjadi kaedah paling berkesan untuk mendapatkan bantuan segera.

“Mahu menunggu i-Citra dan moratorium automatik lambat lagi. Doa antara kita dengan Allah dan doa perlu seiring dengan usaha. Bendera Putih mungkin antara usaha,” katanya dalam hantaran Facebook.

Beliau berkata, namun anggota masyarakat disaran untuk terus peka dengan persekitaran masing-masing kerana kemungkinan ada segelintir pihak yang malu untuk memohon bantuan.

“Mungkin ada berasa segan untuk menyatakan mereka dan keluarga mereka dalam kesusahan.

“Saya difahamkan banyak persatuan penduduk dan pengurusan surau di sesebuah kawasan mewujudkan grup Whatsapp untuk penduduk dan kariah,” katanya.

Justeru, beliau berkata, dengan cara itu pihak yang memerlukan bantuan boleh memaklumkan secara personal menerusi “private massage” untuk urusan bantuan.

“Supaya persatuan penduduk dan pengurusan surau dapat ikhtiarkan sesuatu untuk membantu. Terutama bagi mereka yang sebelum ini tiada dalam senarai asnaf persatuan penduduk dan pengurusan surau,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memuji kempen `Bendera Putih’ yang dilancarkan netizen Malaysia dengan menyifatkannya sebagai inisiatif yang wajar.

“Dengan itu anggota masyarakat dapat tahu siapa dalam keadaan terdesak dan dihulur bantuan.

“Netizen Malaysia memang hebat. Kreativiti mereka tiada tolok bandingan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here