Ismail Sabri mahu semua berganding bahu lawan Covid-19

0
1
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

ORANG ramai tanpa mengira latar belakang agama, bangsa mahupun fahaman politik perlu berganding bahu memutuskan rantaian Covid-19 di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur akan bermula esok selama 14 hari bagi mengawal situasi Covid-19.

“PKPD di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dilaksanakan mulai esok.

“Saya berharap kita semua dapat mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi melandaikan lengkuk Covid-19 kerana ini adalah tanggungjawab bersama.

“Marilah kita bersama-sama tanpa mengira latar belakang agama, bangsa mahupun fahaman politik berganding bahu memutuskan rantaian Covid-19 di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bermula 12 tengah malam ini, PKPD akan berkuatkuasa di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai sehingga 16 Julai 2021.

Pelaksanaan PKPD tersebut selepas situasi Covid-19 kedua-dua negeri itu menunjukkan trend jangkitan yang tinggi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here