Lima kilang, 10 premis diarah tutup ingkar SOP

0
1
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media ketika melawat Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan Wangsa Maju hari ini. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

SEBANYAK lima kilang dan 10 premis diarahkan tutup kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan arahan kerajaan dalam Operasi Pematuhan yang dijalankan semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan Operasi Pematuhan telah melakukan 2,719 pemeriksaan ke atas kilang, 15,981 premis perniagaan dan 94 asrama penempatan pekerja.

“Seperti yang diumumkan sebelum ini, kerajaan akan mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan.

“Secara kumulatifnya, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 97,561 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 20,781 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, sejak 25 Jun sehingga 1 Julai, sebanyak 132,633 premis perniagaan, kilang dan asrama pekerja telah diperiksa.

Katanya, sepanjang tempoh itu, sebanyak 726 premis dikompaun manakala 75 lagi diarahkan tutup. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here