Sejak tahun 2015, seramai 2,975 beliau berumur 40 tahun ke bawah terlibat dalam jenayah rasuah yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.
Timbalan Pengarah (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor, Ridzuan Abdul Malik mendedahkan, seramai 5,652 orang terlibat dalam jenayah rasuah yang ditahan oleh agensi itu sejak 2015.
Manakala jumlah penjawat awam terlibat rasuah pula seramai 2,683, orang awam 1,622, lain-lain kategori iaitu swasta, politik dan sebagainya ialah 1,347 orang.
Daripada jumlah tersebut, seramai 2,975 individu berumur 40 tahun ke bawah, iaitu lebih 50 peratus daripada jumlah keseluruhan yang ditahan.
“Secara umumnya, jumlah tangkapan ialah seramai 5,652 orang membabitkan pelbagai sektor, umur dan jawatan.
“Daripada jumlah keseluruhan ini, belia berumur 40 tahun ke bawah terlibat dalam jenayah rasuah atau ditangkap ialah seramai 2,975 iaitu meliputi 52.6 peratus, lebih separuh dari jumlah ini,”
katanya dalam satu wacana bersama Sinar, semalam.
Turut sama dalam wacana tersebut ialah Presiden Persatuan Pemimpin Muda Universiti Malaya (UM), Lim San Shien dan Ketua Laboratori Kesejahteraan Belia dan Komuniti, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman sebagai panelis manakala Edlynna Hanie Hamid bertindak sebagai moderator.

