
KADAR kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian untuk seluruh negara adalah 1.06 dengan jumlah kes baharu harian semalam 6,988 kes.
Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya, kadar kebolehjangkitan Covid-19 menunjukkan trend meningkat setiap hari sejak 25 Jun lalu.
Pahang merekodkan kadar Ro/Rt tertinggi iaitu 1.20, diikuti Melaka (1.11), Perak (1.10) dan Kuala Lumpur (1.08).
Kadar kebolehjangkitan di Selangor dan Putrajaya, kedua-duanya dilaporkan berada diparas 1.07, manakala Kedah (0.99), Labuan (0.98) dan Pulau Pinang (0.97).
Sabah dan Sarawak mencatatkan kadar Ro/Rt yang sama iaitu di paras 0.94, manakala Johor (0.90), Kelantan (0.83), Terengganu (0.68) dan Perlis hanya mencatatkan satu kes baharu semalam. – Malaysiapost
