Setahun lalu… kita pernah menang!

0
2

GENAP setahun lalu iaitu 1 Julai 2020, Malaysia melakar sejarah apabila berjaya ‘mengalahkan’ virus Covid-19 apabila merekodkan sifar kes jangkitan baharu Covid-19 membabitkan penularan dalam negara.

Pada tarikh tersebut, hanya satu kes import dilaporkan yang mana jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia ketika itu ialah 8,640.

Ia bukan saja angka harian terendah dicatatkan sepanjang tempoh gelombang kedua wabak berkenaan di negara ini, malah sehingga ke hari ini.

Jumlah kumulatif kematian pula ketika itu ialah 121.

Dr Noor Hisham ketika sidang media 1 Julai 2020. Foto Kredit: NSTP

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika itu hadir sidang media dengan wajah ceria, sambil mengangkat poster tertera nombor 1, iaitu hanya satu kes import dilaporkan.

Laman sosial Kementerian Kesihatan (KKM) pula memuatnaik poster tertera nombor sifar sebagai tanda kejayaan rakyat Malaysia mengekang wabak Covid-19.

Pada 8 Julai 2020, Malaysia sekali lagi mencatatkan sifar kes penularan tempatan dan hanya tiga kes import dilaporkan iaitu membabitkan warga Malaysia yang baru pulang dari luar negara.

Keesokannya, Malaysia terus merekodkan sifar kes bagi penularan tempatan dan hanya enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dr Noor Hisham dalam sidang media pada 8 Julai 2020

Sejak itu, kes jangkitan harian kembali meningkat beransur-ansur hingga kemuncaknya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebelum terus melonjak pada Disember dan Januari lalu.

Semalam saja, Malaysia mencatatkan 6,276 kes baharu dengan kes aktif ketika ini ialah 64,129. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here