Program vaksinasi dipergiat di kawasan PKPD – Ismail Sabri

0
1

JAWATANKUASA penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) memberi jaminan bahawa program pemberian vaksin akan dipertingkat di kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD).

Ia selepas kerajaan bersetuju melaksanakan melaksanakan PKPD di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan rentas negeri dan daerah dibenarkan bagi tujuan vaksinasi.

“Oleh demikian, pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here