PKPD: Majikan perlu benar kerja dari rumah

0
1

PEKERJA selain daripada perkhidmatan perlu di negeri Selangor dan Kuala Lumpur tidak dibenarkan keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh 14 hari peraturan itu berkuatkuasa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah.

Katanya, pekerja dari perkhidmatan perlu dan kilang yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang serta premis-premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat MITI yang telah dikeluarkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, pekerja dalam tugas rasmi kerajaan pula hanya dibenarkan dengan pengesahan daripada pihak majikan.

“Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu (essential services) atau menjalankan tugas rasmi Kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here