
SEMUA aktiviti ekonomi termasuk operasi kilang di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di di Selangor dan Kuala Lumpur tidak dibenarkan bermula Sabtu ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan untuk melaksanakan PKPD di beberapa mukim dan lokaliti dibuat selepas mengambil kira nyawa dan keselamatan rakyat.
“Dengan PKPD tersebut aktiviti ekonomi tidak dibenarkan termasuk penutupan kilang-kilang.
“Sejauh mana pandangan, yang dekat di hati tetap lah semua rakyat Malaysia. Sepenting mana ekonomi negara, nyawa dan keselamatan rakyat harus diutamakan.
“Kerana itu hari ini saya umumkan PKPD di sebahagian mukim-mukim Selangor dan beberapa lokaliti di WPKL,” katanya dalam hantaran Facebook.
Ismail Sabri berkata, beliau kepada Allah SWT agar usaha untuk menurunkan kadar jangkitan ini dengan segera demi rakyat dan negara kita yang tercinta berjaya.
Terdahulu, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju melaksanakan melaksanakan PKPD di mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai sehingga 16 Julai 2021.
Beliau berkata, keputusan itu berdasarkan situasi Covid-19 Kedua-dua negeri itu menunjukkan trend jangkitan yang tinggi.
“Dengan pelaksanaan PKPD ini, semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh PDRM.
“Semua penduduk di dalam kawasan PKPD tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing kecuali seorang sahaja wakil isi rumah keluar hanya untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman,” katanya. – Malaysiapost
