KERAJAAN bersetuju melaksanakan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu berdasarkan situasi Covid-19 Kedua-dua negeri itu menunjukkan trend jangkitan yang tinggi.
“Dengan pelaksanaan PKPD ini, semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh PDRM.
“Semua penduduk di dalam kawasan PKPD tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing kecuali seorang sahaja wakil isi rumah keluar hanya untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan ujian saringan secara bersasar ke atas semua penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mukim-mukim yang terlibat adalah seperti berikut:
Daerah Petaling
Mukim:
• Petaling
• Damansara
• Sg Buloh
• Bukit Raja
Daerah Hulu Langat Mukim:
• Hulu Langat
• Ampang
• Cheras • Kajang
• Semenyih
• Beranang
Daerah Sepang Mukim:
• Dengkil
• Labu
• Sepang
Daerah Gombak Mukim:
• Batu
• Rawang
• Setapak
• Hulu kelang
• Kuang
Daerah Kuala Langat Mukim:
• Tanjung 12 (1)
• Tanjung 12 (2)
• Teluk Panglima Garang
• Morib
• Bandar
• Jugra
• Batu
Daerah Klang Mukim:
• Kapar
• Klang Daerah Kuala Selangor Mukim:
• Ijok
• Bestari Jaya
• Jeram
Daerah Hulu Selangor Mukim:
• Serendah
• Rasa
• Ulu Yam
• Batang Kali
Manakala bagi WP Kuala Lumpur melibatkan lokaliti seperti berikut:
• Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
• Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
• Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
• Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
• Kampung Padang Balang
• Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
• Flat Sri Sabah • Kampung Puah
• Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas
• Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
• Kampung Batu Muda
• Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
• Bandar Baru Sentul
• Taman Ikan Emas

