84 kematian akibat Covid-19 hari ini

0
2

SEBANYAK 84 lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 5,254 kematian sejak virus itu melanda negara.

Menerusi infografik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada 6,988 kes baharu yang dicatatkan hari ini, 6,983 adalah kes tempatan manakala lima daripada kes import.

Menurut KKM, sebanyak 5,580 kes sembuh baharu dicatatkan dan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 688,260.

Manakala, jumlah kes aktif Covid-19 adalah 615,453 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 758,967 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.

Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 917 kes dengan 445 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here