PKPD: Tiada sebarang pergerakan tidak perlu selepas 8 malam

0
1

TIADA sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8 malam di mukim dan lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur bermula Sabtu ini.

Namun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian diberikan kepada kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran polis.

“Hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) sahaja dibenarkan untuk beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan.

“Selain itu, hanya kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih (loaf), gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka dibenarkan beroperasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kebenaran dan prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa sepanjang PKPD seperti berikut :

• Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk DIBENARKAN beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.

• Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), pandu lalu (drive-thru) atau penghantaran (delivery) sahaja dibenarkan.

• Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.

• Hospital, klinik dan makmal perubatan dibenarkan beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.

• Kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.

• Stesen minyak dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 8 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam.

• Pasar borong dibenarkan beroperasi bermula 12 pagi hingga 6 pagi. Pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) & MyFarm Outlet (MFO) DIBENARKAN beroperasi bermula 6 pagi hingga 2 petang.

• Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here