‘Saya tak datang ke Malaysia jika bukan kerana JDT’

0
1

PEMAIN kacukan Malaysia-China, Nathaniel Shio Hong Wan mengakui tidak akan datang ke Malaysia jika bukan kerana tawaran daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

“JDT adalah kelab terbesar dan terbaik (di sini). Saya fikir saya tidak akan datang ke Malaysia jika bukan kerana JDT.

“Sejujurnya, ini adalah satu-satunya kelab (di sini) yang saya tahu disebabkan kejayaan yang mereka capai.

“Kemudahan fasiliti yang mereka miliki, sumber mereka ada berbanding pasukan lain dan bahkan hanya datang ke sini pada minggu pertama saya, tempat latihan, persekitaran stadium, tahapnya lebih baik berbanding beberapa kelab Liga Perdana (Inggeris) yang saya ketahui,” katanya dipetik Johor Southern Tigers.

Bekas pemain muda kelab Wolverhampton Wanderers itu adalah antara rekrut terbaharu JDT yang mana dia dilahirkan di London dengan ibunya yang berasal dari Tangkak, Johor.

Dia juga pernah beraksi untuk kelab Yeovil Town.

Nathaniel berkata kemudahan fasiliti di JDT berada pada tahap teratas dan ia membolehkannya membuat keputusan untuk menjalani cabaran baru serta pengalaman baharu.

“JDT merupakan sebuah kelab yang sangat bagus, sebuah kelab besar dalam hampir kesemua perkara.

“Mereka bermain di Liga Juara-Juara AFC, seperti yang mereka lakukan sekarang, melakukannya dengan sangat baik dan perkara terbesar bagi saya adalah di mana saya melihat diri saya bermain, melihat peluang yang ada di JDT.” – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here