Benarkan Sabah longgar SOP – Salleh Keruak

0
1
Datuk Seri Salleh Said Keruak

KERAJAAN Persekutuan diminta menghormati keputusan dan memberi kerjasama kepada kerajaan Sabah yang memutuskan untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) mengikut situasi terkini di negeri terbabit.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata beliau menyokong sepenuhnya tindakan Ketua Menteri dan kerajaan negeri untuk melaksanakan pelonggaran SOP untuk Sabah.

“Kita harus faham bahawa sekarang kita berada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) bukannya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Seharusnya kita tumpukan perhatian kepada pemulihan Sabah dengan penyesuaian SOP mengikut situasi terkini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Isnin lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor mengumumkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi dibenarkan beroperasi sepanjang dua minggu lanjutan PPN Fasa 1 yang bermula semalam.

Menurutnya, aktiviti yang dibenarkan antaranya adalah makan di restoran; kedai makan dan restoran dalam hotel; pembukaan gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan; serta kedai gunting rambut dan sukan atau rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here