Beroperasi secara haram, lesen kilang plastik ditarik

0
1

LESEN perniagaan sebuah kilang plastik di Sungai Buloh, Selangor ditarik dan diarah tutup selepas beroperasi tanpa kebenaran ketika tempoh Fasa Pertama Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara.

Pengarah Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Mohamad Zin Masoad, berkata pemeriksaan mendapati kilang itu tidak memohon kebenaran beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Pemeriksaan dibuat dalam Operasi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini kerana kilang itu bukan termasuk dalam sektor perlu.

“Kompaun RM10,000 juga dikenakan di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut memaklumkan, sebanyak 90 notis dan 68 kompaun dikeluarkan dalam 3,214 pemeriksaan dilakukan sejak pelaksanaan perintah kawalan 1 Jun lalu.

“Sebanyak 40 premis diarah tutup dan 296 amaran lisan diberikan kepada peniaga supaya mematuhi SOP,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here