Anwar: Salur RM1,500 setiap bulan kepada keluarga B60

0
1

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyarankan kerajaan memberikan bantuan bulanan RM1,500 kepada keluarga B60 bagi membantu meringankan beban mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua pembangkang itu berkata bantuan bulanan itu lebih sesuai berbanding sumbangan sekali bayar seperti diamalkan kerajaaan kini.

“Jadi kita usulkan setiap keluarga B60 ini diberikan RM1,500 sebulan. Itu yang paling minima kerana kalau kita anggap terlalu tinggi menjadi masalah kepada negara.

“Tetapi RM1,500 jika ia merupakan beban kepada kerajaan… kerajaan perlu bertanggungjawab untuk memberikan makanan asas dan minuman kepada keluarga.

“Jadi beri RM1,500 sebulan sepanjang kita terbelenggu dengan sekatan PKP ini,” katanya menerusi rakaman video disiarkan di Facebooknya.

Beliau berkata, masalah wabak dan ekonomi ini menyebabkan rakyat terus parah termasuk kelas menengah yang perlahan-lahan menjunam ke lembah kemiskinan.

“Seperti saya sebut tadi berdasarkan kedudukan kewangan hari ini, kerajaan mesti tingkatkan perbelanjaan dan jumlah bantuan sepanjang ‘lockdown’,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here