Pergerakan ‘one-off’ pekerja tanpa majikan dilanjut hingga 7 Julai – KPN

0
1

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) melanjutkan kelulusan pergerakan secara ‘one-off’ secara automatik sehingga 7 Julai kepada pekerja sendiri yang tiada majikan untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 .

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata PDRM sebelum ini telah memberikan kelulusan yang sama kepada pekerja sendiri tanpa majikan dan kebenaran tersebut tamat pada 28 Jun.

Menurutnya, bagi pergerakan selepas 7 Julai di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), tukang paip/penyelenggara/penjaja tepi jalan yang tiada majikan perlu mengemukakan permohonan pergerakan baharu.

“Permohonan pergerakan baharu yang mana kelulusan pergerakan akan diberikan untuk tempoh 14 hari dan perlu dimohon semula apabila tamat.

“Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan ketika berurusan di balai polis.

Acryl Sani juga menyeru orang ramai agar bersama-sama memainkan peranan dalam usaha kerajaan bagi melandaikan keluk penularan wabak Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here