Kadar kebolehjangkitan Covid-19 kembali ke paras 1.0

0
2

KADAR kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara kembali ke paras 1.0.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya hari ini, situasi semasa menunjukkan kadar kebolehjangkitan meningkat sejak 25 Jun lalu.

Melaka mencatatkan kadar Ro/Rt harian paling tinggi iaitu 1.10, diikuti Perak 1.08 dan Negeri Sembilan 1.07.

Pahang pula mencatatkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 harian 1.04, manakala Selangor pada kadar 1.02, Kuala Lumpur 0.99 dan Sarawak 0.95.

Sementara itu Perlis dan Kedah masing-masing merekodkan kadar Ro/Rt 0.94 serta Labuan mencatatkan 0.92.

Johor pula dengan kadar kebolehjangkitan 0.91, Putrajaya 0.90, Sabah 0.89, Pulau Pinang 0.84, Kelantan 0.80 dan Terengganu kadar Ro/Rt terendah iaitu 0.65. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here