Najamuddin Mohd Nor
SEMUA pihak perlu membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memerangi pandemik Covid-19 ketika ini, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Beliau berkata, negara sedang berhadapan ancaman musuh nombor satu dunia dan tindakan menukar sebuah kerajaan tidak menjamin ancaman Covid-19 dapat ditangani sepenuhnya.
“Kita tengok lockdown sekarang ini berbeza lockdown tiga bulan yang dulu, sebab kerajaan dah dapat mempelajari bahawa tak boleh buat total lockdown.
“Rakyat akan menghadapi masalah, sebab itu sekarang walaupun kita mengatakan lockdown, tapi boleh buat itu buat ini supaya aktiviti ekonomi kita boleh berjalan tidak terbantut.
“Jadi sebab itu hari ini, kita kena bantu kerajaan dan bukannya tukar kerajaan yang ada sekarang.
“Kita tengah perang ni, lawan musuh kita Covid-19. Sebab itu sekarang saya pilih untuk pastikan supaya kerajaan dibantu, kita mesti bertanggungjawab untuk memberi cadangan yang boleh membantu kerajaan untuk lawan Covid-19,” katanya dalam temubual bersama Malaysiapost.

