‘Ustaz dan team jaga diri baik-baik’

0
2

MENTERI Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menzahirkan rasa syukur dan sebak sebaik mendapat tahu pendakwah, Ebit Lew dan pasukan misi bantuan kemanusiaannya telah memasuki Gaza, Palestin.

“Allahuakbar. Sebak bila dapat tahu Ustaz akhirnya sampai ke Gaza.

“Bersyukur sangat dengan perkembangan terbaru ni setelah pelbagai ikhtiar diusahakan Wisma Putra serta Kedutaan Malaysia terutama di Mesir demi membantu Ustaz.

“Ini termasuklah menerusi lawatan saya ke Mesir baru-baru ini – Alhamdulillah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Hishammuddin turut menitipkan pesan agar Ebit dan pasukannya menjaga diri dengan baik sepanjang melaksanakan misi di wilayah bergolak itu.

“Ustaz dan team jaga diri baik-baik. Apa-apa keperluan, maklum terus saya atau pihak Kedutaan.

“Kami doakan, semoga setiap hajat Ustaz demi kebaikan rakyat Palestin dimakbulkan Allah SWT dan menjadi asbab kebaikan untuk semua,” katanya lagi.

Terdahulu hari ini Ebit menerusi hantaran di Facebook memaklumkan beliau dan pasukannya telah memasuki Gaza untuk melaksanakan misi bantuan kemanusiaan.

Ebit memaklumkan rombongannya adalah kumpulan pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas serangan baru-baru ini.

Katanya, kumpulannya diiringi masuk oleh tentera Mesir dengan kawalan keselamatan ketat sepanjang perjalanan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here