Mohamad Sabu dibenar keluar hospital

0
2

PRESIDEN Parti Amanah, Mohamad Sabu mengesahkan beliau telah dibenarkan keluar hospital selepas menjalani rawatan dan pembedahan kecil, baru-baru ini.

Perkembangan itu dikongsi bekas Menteri Pertahanan kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu menerusi ciapan di laman Twitter miliknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah. Saya telah keluar dari hospital. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Moga kita semua kekal sihat dan terpelihara daripada segala penyakit,” ciapnya.

Kelmarin Pejabat Presiden Amanah menerusi kenyataan memaklumkan Mohamad telah dimasukkan ke Wad hospital pada Khamis lalu bagi menjalani pembedahan kecil.

Menurut kenyataan itu, pembedahan berjalan lancar dan keadaan kesihatan beliau stabil.

Bagaimanapun tidak dinyatakan punca beliau dimasukkan ke hospital serta maklumat berkaitan pembedahan tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here