PENGERUSI Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub mendedahkan syarikatnya kerugian jutaan ringgit susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya tetap akur arahan kerajaan dalam usaha membendung penularan Covid-19.
Katanya, ini selepas pihak berkuasa tidak membenarkan kilang syarikat itu beroperasi kecuali untuk mencetak akhbar sedangkan ia turut mencetak buku dan al-Quran.
“Mereka tak izinkan kilang kami beroperasi, kecuali untuk cetak akhbar, kerana mencetak buku/quran bukan essential (perkhidmatan perlu), kami akur.
“Kami rugi juta-juta RM (ringgit), kami tetap akur kerana ingin putuskan rantaian Covid-19,” ciapnya menerusi laman Twitter miliknya hari ini.
Beliau bagaimanapun kesal kerana masih banyak kilang serta syarikat yang masih bebas beroperasi.
“Tapi di sana di sini kilang dan syarikat beroperasi bebas. Essential lah sangat!,” ciapnya lagi. – Malaysiapost

