Umno akan buat pengumuman rasmi mengenai pemilihan parti

0
1
bangunan umno

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu dijangka akan membuat pengumuman rasmi berhubung pemilihan parti itu dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kedudukan pemilihan parti akan dihuraikan menerusi pengumuman yang akan dibuat itu

“Selagi belum ada pengumuman rasmi mengenai kedudukan pemilihan Umno, jangan sebut ada pemilihan atau tidak.

“Jangan juga cakap boleh atau tidak boleh adakan pemilihan, tunggu dulu pengumuman rasmi dibuat,” katanya.

Sebelum itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan parti itu menangguhkan pemilihan parti yang dicapai menerusi satu resolusi yang dibuat secara dalam talian.

Katanya, penangguhan itu diluluskan minggu lalu selepas majoriti ahli MKT bersetuju dengan pandangan berkenaan.

Tajuddin berkata, tempoh lanjutan pemilihan selama 18 bulan itu adalah tempoh maksimum dan ia mungkin menjadi lebih singkat bergantung kepada perkembangan semasa.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Presiden Umno pada Jun 2018 bagi tempoh tiga tahun iaitu sehingga Jun 2021. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here