Bapa Arja Lee meninggal dunia

0
1

PELAKON dan penyanyi, Arja Lee, memaklumkan berita kehilangan bapanya Ramli Uteh, 78, yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.45 petang, semalam.

Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 37, berkongsikan perkhabaran itu menerusi Instagramnya.

Beliau turut meluahkan rasa terkilan apabila hasrat arwah bapanya untuk melihat dirinya mengenggam segulung ijazah sarjana tidak kesampaian.

“Abah, kan adik dah bagi tahu, abah kena ada, kena datang dan kena tengok scroll master adik.

“Tak lama saja lagi abah. Abah cakap hari tu abah nak tengok adik jadi pensyarah kan? Abah cakap abah selalu doakan adik dan semua anak-anak abah berjaya dalam hidup. Itukan doa abah.

“Hari ni (Sabtu), jam 4.45 petang tadi lepas Asar, kenapa abah pejam mata dan abah tak bangun-bangun? Adik dah balik ni abah, nak jumpa abah.

“Abah kena peluk adik tau. Adik tak sabar nak jumpa abah.adik dah tak boleh nak menaip , adik sedih sangat sebab adik belum sedia untuk tak dapat jumpa abah lagi). “Al fatiha buat Abah,” katanya.

Dalam perkongsian terbaharu, Arja memaklumkan Allahyarham bapanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serting, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

“Alhamdulillah atas rahmat dan izin Allah pengebumian jenazah Haji Ramli Uteh ABAH telah kami sempurnakan.

“Terima kasih tak terhingga setiap satu individu atas kasih sayang dan bantuan anda. Hanya Allah yang dapat membalasnya, syukur yang teramat sangat.

“Teristimewa buat pihak hospital Kuala Pilah, jiran-jiran tertangga , rakan-rakan surau abah , saudara-mara dan pasukan pengurusan jenazah dari Taman Serting Indah Jempol , mulia sungguh pengorbanan dan jasa anda! Jutaan terima kasih dari kami sekeluarga,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here