i-Sinar, i-Lestari bantu rakyat harungi cabaran Covid-19 – Tengku Zafrul

0
1
Bangunan Bank Negara Malaysia BNM

INISIATIF i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik dapat membantu rakyat ketika menghadapi cabaran Covid-19, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Tengku Zafrul berkata, minggu ini, beliau telah berbincang dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Bank Negara berkenaan perkara tersebut.

“Justeru, teringat kembali peristiwa tahun lalu, bila Kerajaan ini pertama sekali dalam sejarah perkenalkan i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat hadapi cabaran Covid-19.

“Kita adalah antara negara terawal di dunia memperkenalkan inisiatif sebegini,” katanya menerusi Facebook.

Bagaimanapun, beliau berkata, inisiatif tersebut pada mulanya digasak oleh suara-suara yang membangkang.

“Namun, kemudiannya, ada di kalangan mereka yang sedar kesan positif pada rakyat dan mula menyokong program ini. Alhamdulillah mereka sedar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, dengan hadirnya Pelan Pemulihan Negara, inilah masa yang tepat untuk Kementerian Kewangan kembalikan inisiatif sebegini bagi membantu rakyat dan perniagaan.

“Kerajaan tidak pernah putus-putus membantu rakyat dan sentiasa berusaha memikir solusi bersama,” katanya.

Semalam, Tengku Zafrul memaklumkan bantuan kepada rakyat termasuk moratorium automatik serta i-Sinar akan diumumkan dalam masa terdekat.- Malaysiapost.

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/06/26/moratorium-i-sinar-akan-diumumkan-dalam-masa-terdekat-menteri-kewangan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here