5,586 kes baharu Covid-19 hari ini

0
1
grafik

MALAYSIA kekal mencatat kes baharu Covid-19 dengan angka lebih 5,000 apabila 5,586 kes dicatatkan hari ini.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook hari ini, ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 734, 048 kes.

Selangor merekodkan peningkatan kes harian tertinggi dengan 2,212 berbanding 2,108 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif 239,415.

Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 628 ( kumulatif 75,223), Sarawak 513 (63,824), Negeri Sembilan 501 (42,907) dan Melaka 380 (17,757).

Sementara itu, Johor mencatat 312 (70,011), Perak 229 (25,907), Sabah 190 (68,767), Pulau Pinang 138 (34,161), Kelantan 133 (34,420), Kedah 129 (24,565) dan Pahang 118 (13,095).

Manakala, dua negeri mencatat kes dua angka iaitu Wilayah Persekutuan Labuan 83 (7,812) dan Terengganu 16 (11,137).

Selain itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya 4 (2,251) dan Perlis tidak merekodkan kes jangkitan baharu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kekal kepada 584. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here