60 kes kematian Covid-19 hari ini

0
1

SEBANYAK 60 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes maut sejak wabak itu melanda negara pada awal tahun lalu kepada 4,944 kes.

Menerusi infografik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 4,777 kes sembuh direkodkan hari ini dan jumlah keseluruhan 667,709 kes.

Bagaimanapun, kes harian jangkitan Covid-19 melebihi kes sembuh iaitu 5,586, membabitkan 5,583 kes tempatan dan tiga kes import.

Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 61,395 dan jumlah terkumpul sebanyak 734,048 kes.

Sementara itu, seramai 886 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 446 orang memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here