Malaysia tolak jantina ketiga

0
1

MALAYSIA tidak bersetuju dengan usaha untuk membenarkan jantina ketiga di negara ini, kata Menteri diJabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, ia sebagaimana Malaysia menolak dasar luar Amerika Syarikat (AS) yang mahu mempromosikan hak asasi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di seluruh dunia.

“Prinsip saya, hujah perlu dibalas dengan hujah. Kita tidak bersetuju dengan usaha untuk membenarkan “jantina ketiga” di Malaysia, sebagaimana Malaysia juga tidak mengiktiraf LGBTQ. Maka, hujah yang tuntas perlu dikemukakan,” katanya menerusi Facebook.

Zulkifli menyampaikan amanat itu melalui persidangan dalam talian bersama Ahli Jawatankuasa Penyelidik Kajian Implikasi Gender Ketiga yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam.

Sebelum ini, isu jantina ketiga menjadi spekulasi selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mencari penyelidik bagi projek penyelidikan yang ingin dijalankan mengenai perundangan untuk mengiktiraf jantina ketiga di Malaysia.

Malah, Pesuruhjaya SUHAKAM, Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus, berkata pihaknya harus diberi kebebasan untuk mengkaji keperluan undang-undang khusus bagi mengiktiraf jantina ketiga dalam negara ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here