Vaksin untuk p-hailing sedang diselaras

0
1

KEMENTERIAN Pengangkutan bersama Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sedang menyelaras program vaksinasi kepada pemandu teksi, e-hailing, pemandu bas dan petugas penghantar barangan (p-hailing).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata ia termasuk penunggang Foodpanda dan Grab dengan jumlah keseluruhan dianggarkan 355,064 orang di seluruh negara.

“Program ini akan dilaksanakan di bawah Program Pemberian Vaksin (PPV) Awam dan kerajaan akan menanggung keseluruhan kos tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ka Siong berkata MOT komited dan akan terus bekerjasama dengan CITF untuk menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Ini terutama dalam memastikan petugas industri pengangkutan menerima vaksin secepat mungkin,” katanya.

Sebelum ini pelbagai pihak mendesak kerajaan mempercepatkan pemberian vaksin Covid-19 kepada golongan penghantar barang dan makanan (p-hailing) yang berdepan orang ramai setiap hari, sekali gus berisiko dijangkiti wabak berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here