Tanpa berlengah, Caprice lawat Hospital Palestin

0
1

PENYANYI rap dan selebriti media sosial, Caprice selamat tiba di Kaherah, Mesir bagi misi bantuan kemanusiaan di bumi Gaza, Palestin.

Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli yang terkenal dengan soladiriti untuk rakyat Palestin terus menziarahi Hospital Palestin sejurus sahaja sampai di Mesir.

Dalam lawatan tersebut, Caprice bertemu dengan ibu dan anak dari Gaza yang memerlukan bantuan perubatan.

“Hampir 18 jam tak tidur. Sampai Mesir terus ke Palestine Hospital untuk lawat seorang mak dari Gaza dan anak dia tiada keupayaan serta memerlukan alat ventilator baharu.

“Terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Cairo dan Humanitarian Misson 4 Palestine (HM4P) untuk sokongan. Hari pertama sempurna. Nak tidur sekejap,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam hantaran sama, Caprice memuat naik video berdurasi 56 saat memaparkan kunjungannya ke hospital tersebut.

Pelantun lagu ‘Baby Sayang’ itu bergabung dengan 16 anggota misi HM4P diketuai Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia (BKUM), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Turut menyertai misi kemanusiaan itu adalah dua wakil Mercy Malaysia termasuk exconya, Norazam Ab Samah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here