Pemilihan Umno boleh diadakan September ini – Annuar Musa

0
2

BEKAS Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata sekiranya sidang Parlimen diyakini boleh diadakan secepat mungkin tidak mustahil Umno juga boleh berbuat demikian.

Beliau berkata, tempoh penggal Umno hampir tamat dan  pemegang jawatan dalam parti itu juga akan tamat dalam tempoh 30 Jun ini.

“Perlembagaan Umno menetapkan pemilihan jawatan semua peringkat dalam parti wajib diadakan tahun ini.

“Demokrasi dalam parti pasti mahu kita suburkan dan kita tidak akan matikan. Proses semak dan imbang akan kita laksanakan,” katanya dalam hantaran Facebook.

Justeru, beliau berkata, Kerajaan khususnya Pendaftar Pertubuhan(ROS) hendaklah berlaku adil kepada Umno sekiranya Parlimen boleh diberi kebenaran sama.

“Insyaallah bulan September, Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Pemilihan semua jawatan dalam parti akan diadakan menepati peruntukan dalam Perlembagaan Umno.

“Melainkan ada nawaitu lain dan jajaran pemikiran lain. Apapun ROS, segeralah memberi fatwa secara adil dan telus,” katanya. 

Ahli Parlimen Ketereh itu juga berkata, Ketua Pengarah Kesihatan melalui surat  bertarikh 10 Mei lalu kepada Setiausaha Agung Umno menyatakan parti itu boleh mengadakan mesyuarat dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk bersidang secara maya.

“Beliau juga mencadangkan pilihan, iaitu umno menangguhkan sekejap sehingga keadaan mengizinkan. Ini bermakna bila Parlimen diizinkan bersidang, maka umno juga boleh bersidang.

“Kerajaan menganggarkan September ini Parlimen boleh bersidang. Berdasarkan Pelan Vaksinasi Kebangsaan dan Pelan Pemulihan Negara,menjelang September 40-50% rakyat sudah menerima vaksin.

“… dan kita sudah berada di fasa 3 pemulihan(PPN). Di fasa 3, sekatan pergerakan terhad kepada list negatif sahaja. Parlimen dan persidangan cawangan dan Bahagian tidak termasuk dalam negative list,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here