Covid-19: 82 kes kematian dicatatkan hari ini

0
3
grafik

SEBANYAK 82 kes kematian dicatatkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu adalah 4,803 kes.

Menerusi infografik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 6,775 kes sembuh direkodkan hari ini, berbanding kes harian Covid-19 iaitu 5,812.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 657,739.

Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 60,117 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 722,659 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.

Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 870 kes dengan 433 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here