Menteri Kewangan akan beri penerangan isu LTSAAS

0
1
MCA deputy president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

MENTERI Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan memberi penerangan lanjut berhubung isu penjualan atau pajakan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama Tengku Zafrul sebelum ini susulan terdapat banyak laporan disiarkan membabitkan isu tersebut.

Katanya, setiap pihak juga boleh merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sebelum ini berhubung perkara itu.

“Saya nak jawab secara jelas, sila baca kenyataan MOT sebelum ini.

“Kedua, apa juga status terkini, saya sudah berbincang dengan Menteri Kewangan kerana banyak laporan dipetik sana sini dan beliau sendiri akan beri penerangan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sektor Pengangkutan (Maritim) Pelabuhan Klang hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman padamenyelar tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang cuba untuk menjual atau memajak LTSAAS.

Pada Mei lalu, MOT menerusi satu kenyataan berkata, cadangan untuk membangunkan semula LTSAAS masih berada dalam peringkat awal dan sebarang keputusan akhir akan diputuskan oleh kabinet. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here