PENGARAH Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuatkuasa hari ini.
Pelantikan itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Beliau menggantikan Datuk Seri Acryl Sani Abdullah yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Negara, baru-baru ini.
Mazlan dilahirkan pada 25 Disember 1961 di Kota Setar, Kedah dan telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Seri Anizah Musa.
Siswa Sarjana Pembangunan Sumber Manusia dan Sarjana Muda Sumber Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia ini pernah diamanahkan pelbagai jawatan penting dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Antaranya Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan Saksi di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Polis Kontinjen Kelantan dan Kuala Lumpur sebelum dilantik Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman pada 9 September 2020. – Malaysiapost
Foto Kredit: Wilayahku

