Lapor polis jika ada pihak jual vaksin Covid-19 – KJ

0
1
PUTRAJAYA, 17 Feb -- Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin pada sidang media yang diadakan secara maya di pejabatnya hari ini. Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas dikenali sebagai Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk menguruskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Turut sama, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

ORANG ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan individu menawarkan pembelian vaksin kerana ia percuma di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata individu berkenaan perlu melaporkan perkara itu kepada polis.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa suntikan vaksin diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Khairy berkata, bayaran tidak boleh dikenakan kepada orang ramai yang pergi ke pusat pemberian vaksin (PPV) di bawah pengamal perubatan swasta untuk imunisasi Covid-19.

“Tiada kos rundingan juga boleh dikenakan oleh pengamal perubatan swasta terhadap orang ramai yang hadir atas janji temu yang diberikan untuk divaksinasi,” ujarnya

Katanya, terdapat beberapa jenis PPV yang dikendalikan pengamal perubatan swasta di bawah ProtectHealth Corporation Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat bukan berasaskan keuntungan milik Kementerian Kesihatan.

“PPV tersebut adalah PPV pengamal perubatan am swasta, PPV hospital swasta, PPV klinik pakar, PPV pusat Jagaan ambulatori dan PPV industri.

Sementara itu, beliau menjelaskan, prinsip sama juga terpakai untuk program PPV Industri di bawah Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang digerakkan untuk mengawal penularan melalui Fasa 4 PICK Vaksin dibekalkan secara percuma di bawah PIKAS.

“Kos pentadbiran vaksin perlu ditanggung majikan di mana kos tersebut merangkumi penyediaan PPV dikendalikan pihak swasta dan perkhidmatan pengamal perubatan swasta.

“Majikan dilarang memindahkan kos pentadbiran vaksin kepada pekerja melalui potongan gaji pekerja berkenaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here