Hamzah akan buat keputusan berhubung rayuan Pejuang

0
2
logo parti pejuang

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan memberi keputusan berhubung rayuan permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dalam tempoh 14 hari seperti yang diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

“Ialah dia suruh saya buat keputusan, akan saya buat keputusanlah.

“Saya akan buat keputusan terhadap rayuan tersebut,” katanya ringkas selepas ditanya mengenai arahan mahkamah berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu hari ini.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Menteri Dalam Negeri untuk membuat keputusan dalam tempoh 14 hari mulai hari ini mengenai permohonan Pejuang untuk didaftar sebagai parti politik.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membenarkan permohonan semakan kehakiman Pejuang untuk menggesa Hamzah membuat keputusan berhubung rayuan Pejuang selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menolak untuk pendaftarannya.

Ahmad Kamal memutuskan bahawa tempoh lima setengah bulan sejak Pejuang mengemukakan rayuan adalah melebihi masa yang sepatutnya bagi Menteri Dalam Negeri untuk membuat keputusan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here