Bung nafi makan telur penyu

0
1

TIMBALAN Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan dakwaan beliau menikmati hidangan telur penyu sebagaimana tular di media sosial.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba menjatuhkan reputasinya dengan menyebarkan berita yang tidak benar.

“Adoo ada lagi telor yg belum habis dimakan, saya up load lah sendiri, nda (tak) perlu tunggu orang edit dan cuba main politik dilutut.

“Kalau kail hanya sejengkal lautan dalam jangan dicuba ya,” katanya menerusi Facebook (FB) miliknya.

Sementara itu, pegawai pembangunan komuniti dikenali sebagai Rezo yang menemani Bung ketika menikmati makanan itu turut menafikan perkataan terbabit.

Dalam hantaran FB miliknya, Rezo yang menggunakan nama ‘Rapidcdorezo’ itu mempertahankan Bung dengan menyertakan gambar asal ketika itu.

Dalam masa sama, beliau memohon maaf kepada Bung terhadap kejadian ini.

“Sehubungan dengan tindakan saya yang memuat naik gambar bersama dengan Bung Moktar Radin yang tular adalah milik peribadi saya yang disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Di sini, saya sertakan semula gambar yang sebenar dan dengan ini saya ingin memohon maaf kepada Bung Moktar Radin atas tindakan pihak luar yang telah memanipulasi gambar sebelum ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here