Runtuhan bangunan 12 tingkat: 159 hilang, 4 maut

0
2

JUMLAH penduduk yang disenaraikan hilang dalam runtuhan bangunan 12 tingkat di bandar Miami, Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 159 orang dan empat maut.

Datuk Bandar Miami-Dade, Daniella Lavin Cava mengatakan bahawa mereka ‘masih mempunyai harapan’ untuk mencari mangsa yang masih hidup.

“Pasukan mencari yang bekerja sepanjang masa telah melaporkan bahawa mereka mendengar bunyi ketukan mangsa di bawah runtuhan,” katanya kepada BBC.

Namun, beliau berkata, punca yang menyebabkan bangunan berusia 40 tahun itu runtuh pada awal pagi Khamis masih belum diketahui.

Sekurang-kurangnya 102 individu telah dikenal pasti, tetapi tidak dapat dipastikan berapa jumlah mangsa yang berada di dalam bangunan itu ketika runtuhan.

Puluhan penduduk telah dipindahkan dari bangunan tersebut.

Presiden AS, Joe Biden telah meluluskan perisytiharan darurat di Florida yang bermaksud Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (Fema) akan membantu agensi negeri dengan usaha bantuan insiden terbabit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here